Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Juga salam Aidil Fitri kepada semua usahawan - usahawan CNI yang beragama Islam.
Sebenarnya,tujuan saya membuat perkongsian ini adalah semata-mata untuk menyampaikan hasrat yang telah sekian lama terpendam untuk dikongsi oleh semua insan yang ingin mencari sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan. Menyingkap kembali sejarah bagaimana saya bermula dengan CNI.Sebenarnya saya menyertai CNI bukan kerana suka malahan jauh sekali daripada minat dengan MLM.Malahan ketika pertama kali sahabat saya menyebut MLM saya pun tak tahu MLM itu adalah singkatan Multi Level Markerting.Alangkah bodohnya saya ketika itu. Walaupun begitu,selepas saya ditipu oleh sahabat saya juga up line saya, maka saya pun termasuklah dalam kursus SNP ( ketika itu saya hanya memakai sandel sahaja ke kursus SNP),namun begitu selepas SNP yang diterajui oleh MDAM Murad Basir, saya merasakan ada sesuatu telah mengetuk minda saya dan seakan sesuatu rangsangan telah wujud dalam pemikiran saya, maka saya mula bertanya dan terus bertanya tentang CNI.
Bermula dari situ saya mula timbul rasa minat dan saya terus belajar dan terus belajar melalui Sistem Pendidikan Keusahawanan CNI (BES). Luar biasa ! saya dapati setiap kursus dari SNP sehingga ke GDS ilmu yang saya perolehi tidak sama dengan ilmu yang saya perolehi di tiga buah Universiti dalam dan luar negara yang pernah saya belajar. Fantastik....akhirnya saya tahu sememangnya CNI adalah sebuah universiti kehidupan yang tak akan dapat di pelajari di mana - mana universiti biasa. BES telah menjadikan saya dari seorang yang tidak pandai bercakap,seorang yang pemalu,seorang ego,seorang yang sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain akhirnya berubah secara total - menjadi insan luar biasa. Kini...Selepas hampir empat tahun saya bersama CNI,saya semakin faham dan semakin mahir berkaitan dengan perniagaan ini. satu demi satu insentif yang ditawarkan saya mula nikmati.Semakin lama smakin ramai insan-insan lain yang saya bantu sama ada mereka dalam dunia besar CNI atau diluar sana.Sesungguhnya .....CNI sememangnya sangat - sangat luar biasa.
Kini....walaupun saya masih melakukan CNI secara "part time" tetapi saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memertabatkan CNI dikacamata Masyarakat Malaysia terutama kepada mereka yang anti kepada syarikat bukan Melayu. Untuk itu ketika ini saya sedang menyiapkan satu perkongsian yang saya panggil "CNI DARI PERSPEKTIF ISLAM - SATU PENGALAMAN".
Selain itu juga saya sedang mengumpul maklumat untuk penulisan buku yang berjudul " 20 SEBAB MENGAPA PEKERJA PERLU MELAKUKAN MLM". Saya melakukan semua ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi suatu tanggungjawab yang perlu saya laksanakan demi CNI. Akhirnya...buat rakan-rakan luar biasa.Benar kata Mr Gan Ah Seng " Apabila kita berani berimpian, kita mula merancang, bila kita mula merancang kita mula bertindak,apabila kita mula bertindak dengan strategi yang mantap, pasti kita akan berhasil,apabila kita berhasil hidup kita penuh dengan warna warni. Sebaliknya apabila kita takut berimpian,kita tidak akan merancang, apabila kita tidak merancang, kita tidak akan bertindak,apabila kita tidak bertindak hidup kita sentiasa mengharap dan asyik menyalahkan orang lain".
Rakan - rakan ku, teruskan perjuangan dan YAKINLAH CNI pasti mampu merubah kehidupan.
Mohiddin Md.Omar (1447285) DAM,CNI Kuala Terengganu.